Friday 6 July 2012

Salam Ulangtahun Kelahiran Pertama SUKA Collections!

Bismillahirrohmanirrohim...

Assalamu'alaikum & salam mesra kawan-kawan sekalian. 

Bulan ini, tanggal satu yang baru berlalu merupakan tarikh lahir SUKA Collections yang pertama. Sebagai pengusaha, saya sangat gembira SUKA Collections masih bertahan & telah mencapai beberapa success yang saya sendiri tetapkan sebagai penanda aras. Alhamdulillah...

Oleh itu, pihak SUKA Collections dengan berbesar hati ingin berkongsi rasa syukur & rasa gembira ini bersama kawan-kawan sekalian. Yakni dengan mengadakan "first contest" atau dalam bahasa melayunya "peraduan pertama". Saya harap kawan-kawan sekalian akan turut bergembira & bersuka hati. 

Tanpa bicara yang lebih panjang, ini terma & syaratnya: 

Nama peraduan: Selamat Ulangtahun Pertama SUKA Collections! 
Tarikh tutup peraduan: 30 Julai 2012 
Hadiah-hadiah yang bakal dimenangi: 
- Voucher RM30
- Voucher RM20
- Voucher RM10
Kategori:
A) Blogger
Peserta hendaklah membuat satu entri bertajuk "Selamat Ulangtahun Pertama SUKA Collections!" yang mengandungi isi "Saya sukakan SUKA Collections kerana..... [tidak kurang dari 100 patah perkataan]. Para peserta juga hendaklah tag kawan-kawan blogger seramai 3 orang. Entri tersebut boleh diemailkan terus ke sukacollection@yahoo.com
B) Facebooker.
Peserta hendaklah kongsikan page SUKA Collections ke "public" dan mengandungi "Saya sukakan SUKA Collections kerana....." [tidak kurang dari 100 patah perkataan. Para peserta juga hendaklah tag kawan-kawan seramai 3 orang. Para peserta boleh menghantar link peraduan melalui sistem mesej ke page sebagai pendaftaran. 

Setiap penyertaan akan dinilai mengikut beberapa kritiria, di antaranya: 
- kreatif [contohnya dalam bentuk gurindam, puisi, pantun, dsb] 
- isi yang ringkas tapi padat 
- bahasa yang indah & mudah difahami 
- dan beberapa perkara lagi ..:) 

Memandangkan ini peraduan yang pertama, jadi hadiahnya mungkin tidaklah segah mana kerana ada beberapa kekangan yang terpaksa dihadapi. Apa pun, saya harap ini akan dapat membuatkan kawan-kawan sekalian gembira dan bersuka hati. 

Salam Ramadhan! 
Saya SUKA, Kamu SUKA, Semua SUKA! 


Pemilik,
Zurina Jamjin


5 comments:

  • Galedeg says:
    7 July 2012 at 10:49

    Selamat Sobbb Ane UCapin

  • Sis Eiyan Azian says:
    9 July 2012 at 22:13

    selamat ulang tahun :)

  • aKiLah says:
    10 July 2012 at 09:42

    happy anniversary (:

  • penyuluh perikanan says:
    10 July 2012 at 18:10

    ini koleksi yang bagus, saya menyukainya....
    terima kasih kawan...

  • Aniko says:
    13 July 2012 at 20:21

    hello friend visit happy weekend :)

Post a Comment

Pemberi Sokongan