Tentang SUKA Collections



MISI: Menggembirakan hati sendiri & menggembirakan hati orang lain. 

VISI: Menggembirakan hati orang lain. Kerana menggembirakan hati orang lain itu salah satu sunnah insan mulia, Nabi Muhammad SAW.

"SUKA Collections" menghasilkan produk-produk kraftangan yang bakal membuatkan anda suka, suka dan suka kepadanya. Di antara produk yang dihasilkan adalah seperti set aksesori kereta, bantal, kerongsang, keychain, hiasan, cenderamata dan banyak lagi...

Produk-produk yang anda suka dan bakal suka ini terdapat di dalam pelbagai warna. Diantaranya hijau, merah, biru, pink, ungu, coklat, kuning, hitam, putih dan banyak lagi. Warna dalam gambar ini mungkin sedikit berbeza dengan warna asal bergantung kepada paparan skrin anda & stok semasa.

Gambar-gambar yang terdapat pada album adalah contoh tempahan pelanggan-pelanggan. Sebarang penambahan warna, penambahan hiasan atau sebarang pertanyaan dan sebarang tempahan boleh diajukan terus kepada pihak kami melalui sistem "mesej" pada page ini. Atau melalui no. telefon / emel di bawah:

No. tel: 0148697975 {SMS/WeChat/Whatsapp}
Email: sukacollection@yahoo.com 


Lebih banyak gambar menarik? 
- Facebook: SUKA Collections dan 
- Instagram: sukacollections

Sekiranya anda inginkan sentuhan eksklusif dari kami, kami amat mengalu-alukan. Anda boleh mereka bentuk rupa dan warna yang anda inginkan dan pihak kami akan cuba merealisasikan. Cuma, kami tidak menerima tempahan berbentuk hidupan bernyawa, patung dan watak-watak kartun yang sempurna. Harap maklum... :)


Pembayaran boleh dibuat ke akaun Maybank / CIMB Bank kami {akan diberi selepas pengesahan}. Selepas menerima pesanan anda, sila buka dan periksa produk tersebut dengan segera. Kami tidak bertanggungjawab di atas kerosakan yang diakibatkan oleh syarikat penghantaran.

Nota: Selamat bersuka hati dan senyum selalu... :) 

0 comments:

Post a Comment

Pemberi Sokongan